11 April, 2011

DEMI "CINTA" ITU


demi "cinta" itu,
banyak yang telah aku korbankan,
banyak yang telah aku ketepikan,
banyak yang telah aku lukakan,
banyak yang telah aku guriskan,
banyak yang telah aku singkirkan,
semuanya hanyalah kerana "cinta" itu.


demi "cinta" itu,
aku ditinggalkan cinta,
aku ditinggalkan kekasih,
aku ditinggalkan sahabat,
aku ditinggalkan kawan,
aku ditinggalkan insan yang menyempurnakan aku,
semuanya hanyalah kerana "cinta" itu.


demi "cinta" itu,
aku ketawa,
aku bersuka ria,
aku tersenyum,
aku menangis,
aku berduka,
semuanya hanyalah kerana "cinta" itu.


demi "cinta" itu
aku rela dikata,
aku rela dimaki,
aku rela ditertawakan,
aku rela dipergunakan,
aku rela dikhianati,
aku rela diperhambakan,
semuanya hanyalah kerana "cinta" itu.


demi "cinta" itu
aku mula mempelajari sesuatu,
aku mula menghargai sesuatu,
aku mula kenal erti persahabatan,
aku mula sedar erti pengorbanan,
aku mula memikirkan insan lain,
semuanya hanyalah kerana "cinta" itu.


kerana "cinta" itu aku masih di sini,
kerana "cinta" itu aku masih kuat berdiri,
kerana "cinta" itu aku masih mampu berbicara,
kerana "cinta" itu aku masih mampu mengukir senyum,
kerana "cinta" itu aku masih memerlukan kamu,
semuanya hanyalah kerana "cinta" itu.


kerana "cinta" itu terlalu bermakna,
kerana "cinta" itu terlalu beharga,
kerana "cinta" itu terlalu indah,
kerana "cinta" itu terlalu mahal untuk dibuang,
kerana "cinta" itu terlalu istimewa,
kerana "cinta" itu aku masih bersemangat meneruskan hidup,
semuanya hanyalah kerana "cinta" itu.
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s :: untuk awk yang saya sayang..
maaf...ini adelah "kehidupan" saya..
saya tak bole membuang "kehidupan" saya..
andai awk anggap saya tak adil,
ye saya memang tak adil..
saya juga tak mampu untuk adil pada diri sendiri..
maaf atas segalanya..










(NHAM)


1 comment:

Anonymous said...

cinta apa tu?????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...