18 January, 2013

SAHABAT

 
 
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.
 
 
 
 
p/s :: maaf andai membebankan...
andai tiada manfaat, tinggalkan...
andai tiada kebaikan, lupakan...
 
 
 
 
 
 
 
 
(NHAM)
 
 

09 January, 2013

UJIAN

SALAM..

selamat tahun baru masihi.. 2013..

kira dah lambat ke nak wish tahun baru???rase macam tak je..sebab masih bulan januari lagi..pastu belom 10 hari pon bulan januari ni..so masih dikira valid untuk buat ucapan tahun baru masihi....

di awal tahun 2013 ni saya masih belom bekerja..ramai kawan-kawan dah kerja..ade tu yang dah berbulan-bulan keja..dan duit gaji dorang dah boleh buat planing kawen...ade yang dah beli keta pon dengan duit gaji dorang..alhamdulillah rezeki mereka..mungkin nanti sampailah rezeki saya..insyaAllah..

Allah menguji hambanya ade dalam pelbagai bentuk, pelbagai cara...sebagai hamba kita haruslah berlapang dada..ape yang saya nak tulis ni hanya sekadar perkongsian..kalau ade salah silap harap yang lebih pakar boleh menegur..

apabila kita di uji mungkin kita akan merasa,"mengapa semua ni terjadi"..tapi percayalah, Allah maha mengetahui..apa pon yang terjadi pada hambanya adalah yang sebaik-baik kejadian yang Allah kurniakan..Allah tak menguji hambanya lebih daripada apa yang hambanya mampu..apabila ujian datang menimpa, Allah tahu hambanya cukup kuat untuk menghadapi..walaupon dalam kekuatan itu mengalir juga air jernih di pipi..

saya mungkin mampu menulis begini kerana saya tidak berada pada situasi orang yang sedang di uji..tapi percayalah saya cuba memahami apa yang terjadi..walaupon peritnya tak sama..tapi redha lah dan berdoalah adalah yang terbaik..Allah maha mendengar..

percayalah setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya....samada kita sedar atau tidak ja hikmah itu datang pada kita..berlapang dada lah..walau pada hakikatnya sangat payah...semoga dengan kita berlapang dada, mengadu pada Allah, Allah akan tunjukkan jalan terbaik pada kita...

sebenarnya apa yang saya tulis ini juga memotivasikan diri sendiri..supaya berlapang dada dengan apa juga yang terjadi...ada hikmah yang akan muncul..sabar lah..sabar itu separuh daripada iman..bersabarlah...




p / s :: Allah Maha Mendengar



(NHAM)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...